Tukar Link jom ! Nanti Cik Lily singgah.

 si comel bergolek

Wednesday, August 3, 2011

Kursus Orientasi 1/2011

Salam peeps.

Minggu lepas-lepas, 19-21 Julai 2011,Cik Lily pergi Kursus Orientasi kat Hotel Brisdale, Kuala Lumpur.

Tapi, ada cite lucu tau! Mari kita gelak beramai-ramai dulu. HAHAHA.

Malu plak rasa nak cite ni. Huhu.

Cik Lily semangat bangun pagi-pagi tau, pastu cepat-cepat bersiap. Ye la, nanti sampai lambat, bas tinggal, baru padan muka. Cepat-cepat panaskan enjin keta, terus drive menuju Bukit Beruang.

Eh, sekali tersalah masuk Batu Berendam, adoiii, geramnyee! Konon-konon nak ikut jalan Hospital Melaka, sebab lagi dekat, tapi tersalah jalan pulak. Terpaksa la pusing satu keliling.

DSC07397Jalan jem sebab orang berpusu-pusu pergi keje.

DSC07400
Wajah orang salah jalan.

Sampai je, terus la bawak beg besau gabak yang berat tu *nyesal tak bawak beg troli tu, huhu*. Takde orang weh. Eh, takkan kene tinggal da kot. Cis, marah dalam hati, tapi muka mantain cute la kan.

Rupa-rupanya, ko tau?? Salah tengok tentatif!!! Bertolak kol 12.oo tengah hari la!! HAHAHAKUMALU!!

*ada reason pegi settlekan angkat sumpah, sebab mahkamah dekat je, lepak-lepak kat Jusco sementara menanti kol 11.30 am*

Jangan jadi macam Cik Lily tau! Hehe. =D

DSC07403
Peserta kursus Sek Ren dan Sek Men.

DSC07404
Bilik Cik Lily dan Pia. More than enough space for two of us. Hehe. Speaking pulak.
Tapi terpaksa merempat kat bilik si Nisah sebab bilik ini ‘dihuni’ oleh En.Penghisap Darah aka Vampire-tak-romantik.

DSC07441 
Masa yang ada “dimanfaatkan’ dengan bermain sudoku. Mengasah otak yang hampir berkarat.
=p

DSC07410
Cikgu Pia aka Faziana dari Notre Dame.

DSC07422
Mengabadikan kenangan di bilik 1511 berlatarbelakangkan Menara Kuala Lumpur.

DSC07426
Slot ke-4 dibatalkan kerana penceramah kurang sihat. *Slot ke-3 Cik Lily tak p sebab sakit perut '”kawan-baik-datang”*.

Tapi dengar je, slot ke-4 batal, dan-dan tak sakit. HEHE. Takla, Cik Lily makan paracetamol+tido dengan nyenyak, sihat la. =) 

Masa diisi dengan berjalan-jalan sekitar Sogo dan Jalan TAR. I shopping banyak you!! HEHE, bekal berniaga kecil-kecilan di hari Koku.

DSC07427
Cikgi-cikgi yang comel lote~~

DSC07444Geng bersembang selama 3 hari berturut-turut. Ngeeeee.
Shuhaib, Nisah, Hawa.
Fazhil, Fazlina, Faziana.

    DSC07434

Kursus ni BEST!!

Nak tau kenapa BEST sangat tu?

Sebab dapat jumpa geng la!! harap bila Induksi nanti dapat jumpa lagi. Tak sabar you!!

0 Orang Di Sini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...